Tuesday, March 10, 2009

WAJARKAH MALAYSIA MENGAMALKAN HUKUM HUDUD?

PENGENALAN

Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang kafir.” (Surah al-Maidah, ayat 44)

Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (Surah al-Maidah, ayat 45)


Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.” (Surah al-Maidah, ayat 47)


Perintah Allah kepada yang beriman dengan-Nya dan kitab-kitab-Nya agar melaksanakan hukum Allah berulang banyak kali dalam al-Quran.

Sebagai contoh, Surah al-Baqarah (ayat 213), Surah ali-Imran (ayat 23), Surah al-Maaidah (ayat 42, 44, 45, 47, 48 dan 49), Surah Shaad (ayat 22 dan 26), Surah an-Nuur (ayat 51) dan Surah Mumtahanah (ayat 10).

Banyak lagi ayat-ayat sedemikian, di mana Allah memberi penekanan, khususnya pemerintah agar melaksanakan hukum-hukum Allah dan jangan diselewengkan hukum tersebut.

PEMAHAMAN

Jika ditanya kpd majoriti manusia, lebih2 lagi yg bukan islam apakah itu negara yang mengamalkan hukum islam, jawapan mereka tidak akan lari dari bayangan ratusan manusia yang dihukum kerana kesalahan mereka. Mereka dan semua wanita wajib bertudung, ramai manusia kehilangan tangan mereka, polis di mana-mana menjaga atau lebih tepat mencari kesalahan manusia untuk dihukum, darah dimana2, hak lelaki sangat diagungkan sedangkan hak wanita diabai dan ditindas, kemunduran akal dan manusia hanya duduk di masjid mengimarahkan masjid tanpa perlu mengejar ilmu-ilmu sains dan teknologi, tangan-tangan yang dipotong dengan banyak, letupan dan pembunuhan beramai2 yang disandarkan pada nama JIHAD, hidup dalam ketakutan, dan pelbagai lagi. Inikah hukum ALLAH? hukum ISLAM? Inikah ISLAM?

Kita jangan marah jika itulah pemahaman mereka. Islam adalah agama yang kelihatan kejam. Imej Islam sangat buruk sekarang. Kerana inilah yang dipraktikkan oleh masyarakat islam hari ini. Ditambah lagi dengan karenah birokrasi yang pelbagai dalam urusan muamalat.
Maha suci Allah yang telah menyempurnakan Islam sebagai panduan hidup manusia. Ini bukanlah hukum Allah dan Islam. Kita keliru dengan apa yang islam ajarkan kerana kesilapan diri kita sendiri. kita keliru dengan hukum Allah kerana kesilapan pengamalan kita sendiri. Seperti contoh dengan mudah kita menghukum manusia sedangkan kita sering mengabaikan syarat yang Allah tetapkan sebelum seseorang itu dihukum.

APAKAH SEBENARNYA HUKUM ISLAM SEKIRANYA NEGARA ISLAM INGIN DIWUJUDKAN?

Sesungguhnya kita sering lupa, Islam meletakkan nilai kehidupan yang SANGAT TINGGI kepada seluruh manusia TIDAK MENGIRA AGAMA. Tiada penindasan, yang lemah dibantu, tiada caci maki, menghormati privacy manusia lain, dan semua yang bersifat menghormati insan yang lain sbg manusia sama seperti kita. Allah menyuruh kita bersangka baik sesama dan meninggalkan sesuatu yang kita tidak nampak. Bukan dengan mencari-cari kesalahan manusia(mengintip). Kalau boleh LANGSUNG TIDAK MENGHUKUM itulah Islam yang sebenar, seperti yang kerap dilakukan oleh Nabi kita dalam persoalan menghukum pesaalah. Namun perkara sebaliknya jika kesalahan dilakukan dengan jelas dan terbuka serta melibatkan kerosakan dimuka bumi dan memudaratkan manusia lain.

Contohnya dalam bab zina, Islam memberi syarat kepada mereka yang ingin menuduh manusia berzina dengan beberapa syarat. contohnya:
1)si penuduh bersama 4 orang saksi yang adil
2)diketahui si pelaku itu berzina bukan dengan intipan(tajassus)

Saya ingin tanya pembaca mudahkah untuk 4 orang yang adil termelihat(menjadi saksi) adanya manusia yang berzina jika bukan kerana tajassus?(mengintip) sedangkan Allah telah mengharamkan tajassus(baca terjemahan surah al hujurat ayat 12). jika benar pun mereka berzina, mereka menutup pintu rumah mereka dan menutup aib mereka sendiri. kita serahkan urusan ini kepada Allah disebabkan ketentuanNya utk tidak melakukan tajassus(intipan). Ya mereka berzina barangkali namun mereka menutup cela mereka(rujuk kisah saidina umar mengintip rumah yang disyaki terdapat bukan muhrim didalamnya). Sedangkan pada masa yang sama kemungkaran yang lebih jelas dibiarkan dan tidak dikawal kita seperti kelab2 malam, majalah lucah dan arak diminum remaja2 kita ditepi2 jalan dgn terbukai, riba'(sedangkan Allah mengisytiharkan perang kepada pelaku riba'), khidmat pelacuran, riya' dan takabur. Kita tersilap dalam menetiliti perkara seperti ini.

Kita buka dan kaji balik sirah Nabi junjungan kita dalam menghukum pada zaman pimpinannya. Nabi kalu boleh seperti tidak mahu menghukum terhadap pesalah2 yang melakukan kesalahan terhadap Allah (yakni tidak membawa kemudaratan yang jelas kepada manusia lain seperti merompak dan membunuh). Jangan kita mendahului sifat2 nabi kerana baginda adalah contoh terbaik utk sekalian manusia dalam urusan kehidupannya.

Seperti contoh Dalam hadis Muslim, seorang lelaki datang kepada Nabi saw dan berkata:
“Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (seks), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu.”
Lalu ‘Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya:
Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu”.
Nabi saw tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan pergi. Nabi saw menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah (maksudnya)
“Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat” (Surah Hud ayat 114).
Maka ada seorang bertanya:
“Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah?
Jawab Nabi saw:
“Bahkan untuk manusia keseluruhannya”.

Saidina Umar pernah hampir2 memenggal kepala seorang yang kelihatan munafik (khatib bin balt'ah) kerana membocori rahsia ketenteraan rasulullah namun wahyu Allah menghalang dengan Allah memaafkan dosa2 ahli badar. (khatib bin balt'ah) adalah seorang dari tentera islam dlm perang badar. Ini menunjukkan kesilapan SaidinaUmar kerana tergesa2 dalam urusan menghukum.

Sebenarnya dalam Islam, pesalah yang telah bertaubat ketika ditangkap seharusnya dibebaskan dan dimaafkan(sekalipun kesalahan mereka kelihatan besar seperti membuat kerosakan dimuka bumi bahkan memerangi Allah dan RasulNya). Tidak seperti hukum civil yang tiada jalan keluar ataupun memerlukan mereka utk memberi rasuah utk membebaskan diri mereka dari hukuman.

“Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya dan membuat kerusakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib, atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik, atau dibuang dari negeri (tempat kediamannya). Yang demikian itu (sebagai) suatu penghinaan untuk mereka di dunia, dan di akhirat mereka beroleh siksaan yang besar,kecuali orang-orang yang tobat (di antara mereka) sebelum kamu dapat menguasai (menangkap) mereka; maka ketahuilah bahwasanya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” Al-Maidah 33-34

KESIMPULAN:
Setinggi manapun dosa seseorang Allah akan tetap mengampuninya jika kita bertaubat, inilah ISLAM. Namun apa yang dipraktikkan oleh kita sekarang sangat berbeza dari ajaran Islam sehinggakan pemahaman manusia mengenai Islam ialah hukum, hukum, dan hukum. Maka tidah hairanlah masih ramai tidak memahami Islam dan takut utk memeluk Islam kerana kesilapan kita dalam mempratikkan Islam yang sebenar. Lebih 50 tahun kita merdeka namun Islam masih menjadi keraguan utk diamalkan diMalaysia. Ini sesuatu yang sangat menyedihkan kepada kita semua. Jangan kita mudah untuk menghukum terburu-buru lebih-lebih lagi tanpa bukti dan sesungguhnya kesalahan kepada Allah itu dijanjikan akan diampunkan sekiranya bertaubat(al-maidah ayat 34) dan sekiranya memaafkan dan membiarkannya utk bertaubat itu jelas lebih mendatangkan kebaikan kepadanya, lebih-lebih lagi jika pelakunya telah jelas menyesal dan insaf. Namun kesyang berlainan jika kemungkaran itu dilakukan dengan terbuka, jelas menunjukkan riaknya terhadap kemungkaran yang dilakukannya, ditambah lagi memudaratkan persekitaran dan manusia lain di sekitarnya.

Kita harus mengembalikan Islam yang asal. Kembalikan Imej Islam yang mulia, panduan hidup yang jelas kepada manusia. Yang dibawa oleh ajaran Nabi Muhammad SAW dan bukan mengikut prasangka dan rasa-rasa kita sehingga membuatkan ISLAM kelihatan bodoh dan dipandang serong oleh penganut agama lain. Jangan kita jumud dalam beragama sehingga menutup sekeras-kerasnya bidang kenegaraan Islam sehingga menutup peluang untuk menimbulkan kecintaan pihak luar untuk meminati agama yang mulia ini.

Oleh itu sekiranya dunia memahami prinsip-prinsip Islam dengan jelas nescaya Islamlah yang menjadi pilihan mereka. Para pemerintah memainkan peranan yang besar dalam hal ini. Hendaklah memerintah dengan ilmu bukan hanya dengan keikhlasan memperjuangkan Islam semata-mata.

Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H):
“Oleh kerana ini menjadi batasan setiap amalan soleh, maka penyuruh kepada makruf dan pencegah daripada munkar itu sendiri wajib memenuhi tuntutan tersebut. Justeru tidak menjadi amalan soleh jika tidak dengan ilmu dan fiqh.

Ini seperti kata ‘Umar bin ‘Abd al-Aziz: Sesiapa yang mengabdikan diri kepada Allah tanpa ilmu, maka apa yang dia rosakkan lebih banyak daripada apa yang dia baik… Ini suatu yang jelas. Sesungguhnya tujuan dan amalan jika tidak dengan ilmu maka ia adalah kejahilan, kesesatan dan mengikut hawa nafsu -seperti yang dijelaskan sebelum ini-. Inilah perbezaan antara golongan jahiliah dan golongan Islam. Pelaksana Al-Amr bi al- Ma‘ruf Dan al-Nahy ‘An al-Munkar mestilah mempunyai ilmu mengenai makruf dan munkar, serta membezakan keduanya. Mestilah juga memiliki ilmu mengenai keadaan orang yang disuruh atau dicegah tersebut”. (rujukan: Ibn Taimiyyah, Majmu‘at al-Fatawa, 14/344-345, Riyadh: Maktabah al-‘Abikan)

2 comments:

  1. Pengampunan kerna bertaubat dan menjalankan hukum Islam adalah dua benda yang berbeza? Jadi apa masalahnya? Adakah kerana pengampunan itu lebih bagus maka tidak perlu menjalankan hukum Islam.. Klu begitu, adalah lebih zalim menjalankan hukum sivil sebab tiada pengampunan kecuali dr mahkamah keadilan..

    ReplyDelete
  2. sudahlah dihukum menggunakan hukum sivil, kena lagi hukum syariah, sedangkan orang bukan Islam kena hukum sivil sahaja. tidak hairanlah ramai melayu murtad akhir-akhir ini, tudung diluar, salib didalam, kerana orang Islam menekan orang Islam sendiri.

    ReplyDelete