Wednesday, January 27, 2010

PENGGUNAAN NAMA ALLAH OLEH AGAMA LAIN PART 2

Jika kita membaca Al-Quran, kita dapati ia menceritakan golongan musyrikin yang menentang Nabi Muhammad s.a.w juga menyebut nama Allah dan al-Quran tidak membantah mereka, bahkan itu dijadikan landasan untuk memasukkan akidah Islam yang sebenar.


Firman Allah: (maksudnya) “Dan Demi sesungguhnya! jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan mereka?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah!”. (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!” (Surah al-Zukhruf ayat 87-88).


Firman Allah dalam ayat yang lain: (maksudnya) “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut ayat 63).


Ayat-ayat ini, bahkan ada beberapa yang lain lagi menunjukkan al-Quran tidak membantahkan golongan bukan muslim menyebut Allah sebagai Pencipta Yang Maha Agung.


Surah Luqman ayat 25

Surah az zumar ayat 38

Surah az zukhruf ayat 87


Bahkan Nabi Muhammad s.a.w disuruh untuk mengucapkan kesyukuran kerana mereka mengakui keesaan Allah walaupun mereka tidak memahami konsep mentauhidkan Allah. Allah sendiri menukilkan perkara ini dalam AlQuran.


Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut ayat 63).


Al-Imam Muslim dalam sahihnya meriwayatkan hadis mengenai perjanjian Hudaibiah antara Nabi s.a.w dengan Quraish Mekah, seperti berikut:

“Sesungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi s.a.w. Antara wakil Quraish ialah Suhail bin ‘Amr. Sabda Nabi s.a.w : barangkali aku boleh tulis Bismillahirrahmanirrahim. Kata Suhail: Adapun Bismillah (dengan nama Allah), maka kami tidak tahu apa itu Bismillahirrahmanirrahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu BismikalLahumma (dengan namaMu Ya Allah!)”. Dalam riwayat al-Bukhari, Nabi s.a.w menerima bantahan tersebut. Ternyata mereka menggunakan nama Allah.

Namun oleh kerana AlQuran diturunkan dlm bahasa arab, sesetengah pihak mendakwa bahawa nama Allah bermaksud tuhan dalam bahasa melayu, atau god dlm bahasa inggeris. Ini menjadi hujah bagi mereka utk melarang agama lain menggunakan nama Allah dalam tulisan mereka. Mereka berhujah bahawa kalimah Allah hanya untuk penggunaan org Islam. Sejauh manakah kebenaran hujah ini.

Pertama sekali ingin dijelaskan bahawa kalimah Allah bukanlah bermaksud tuhan secara bahasanya. Kalimah Allah adalah kata nama khas, atau lebih tepat nama kepada tuhan, sedangkan perkataan tuhan adalah umum, tiada pengkhususan , sekadar kata nama am, dimana digunapakai oleh semua pihak. Atau lebih mudah difahami, tuhan bermaksud god dlm bahasa inggeris, robb/ilah dlm bahasa arab. Ini dikuatkan dengan menterjemah ayat “Lailahaillallah” yang bermaksud tiada tuhan selain Allah. Sekiranya pemahaman Allah bermaksud tuhan(secara bahasa) maka ayat diatas diterjemah menjadi tiada tuhan selain tuhan. Sepintas lalu kita sedar teori bahasa ini salah. Kerana Allah adalah kata nama khas bagi tuhan, nama yang agung, memberi makna yang sangat unggul, jika benar ingin diterjemah secara bahasa.

Perkataan Allah sebenarnya memang berasal dari bahasa arab, namun hendaklah difahami maksudnya dengan teliti jika ingin difahami kalimah Allah ini secara bahasa. Tuhan dalam bahasa arab bermaksud robb atau ilah. Dalam bahasa arab, penambahan huruf alif lam kepada apa2 kata nama am akan mengubahnya menjadi sesuatu yang dispesifikkan. Sebagai contoh, kitab(buku) jika ditambah alif lam di dhadapan akan menjadi al-kitab(buku itu) atau dlm bahasa inggeris “the book”. Ini menjadikan buku itu menjadi khusus, hanya merujuk kepada buku itu sahaja. “The book” adalah berbeza maksudnya dengan “book” walaupun pada dasarnya keduanya adalah benda yang sama. Perkataan ilah(tuhan) yang merupakan kata nama am dalam bahasa arab, ditambah huruf alif dan lam akan menjadi al-ilah(tuhan itu) atau dlm bhs inggeris, “the god”. Al-ilah dlm ilmu grammar bahasa arab akan disebut Allah, dibuang huruf alif kerana penggunaan grammar bahasa arab. Disinilah agungnya nama kalimah Allah jika ditafsir secara bahasa, kerana Allah atau al-ilah asalnya, merujuk spesifik kepada satu tuhan, atau dlm bahasa melayu nya “tuhan itu” atau lebih tepat dlm bhs inggeris “the god” akibat penambahan alif lam tadi. Maka jika ingin ditafsir secara bahasa, ayat “lailahaillallah” akan bermaksud tiada tuhan melainkan tuhan itu. SANGAT JELAS DAN SPESIFIK. Dlm bahasa inggeris akan berbunyi “ there is no god except for the god”. Disinilah lahirnya kalimah “Allah” yang agung, yang memberi maksud yang sangat istimewa. Yang lebih difahami oleh bahasa arab. Yang menjadikannya kata nama khas, dan menjadikannya nama kepada tuhan. Tidak lagi kata nama am.

Maka disini penggunaan kalimah Allah oleh bukan islam jelaslah dibenarkan seperti yg dijelaskan dalam AlQuran, lebih2 lagi apabila tiada dalil yang menegah penggunaannya, bahkan nabi Muhammad disuruh bersyukur apabila kaum muyrik menyebut nama Allah sebagai tuhan yang agung.

Allah juga menukilkan 1 perkara didalam surah AlBaqarah ayat 139 kepada kita yang bermaksud:

Katakanlah: "Apakah kamu memperdebatkan dengan kami tentang Allah, padahal Dia adalah Tuhan kami dan Tuhan kamu; bagi kami amalan kami, bagi kamu amalan kamu dan hanya kepada-Nya kami mengikhlaskan hati.

SEMOGA KITA AHLI KITAB AKAN BERSATU MENENTANG PENCEROBOH AGAMA KITA SELAMA INI SUATU HARI NANTI. INSYAALLAH