Saturday, March 14, 2009

MENJAWAB SALAM KEPADA BUKAN ISLAM

Islam mengangkat tinggi semua manusia walaupun terhadap golongan bukan islam. Al Quran menjelaskan bagaimana seorang muslim harus membalas suatu penghormatan dari mereka dan tidak menjawab dengan kata2 yang kasar dan memberi maksud yang tidak baik. Memberi salam juga sebahagian dari penghormatan dimana seorang muslim juga harus menghormati salam yang diberikan oleh mereka.

Ini sesuatu yang sangat berbeza dengan pengamalan masyarakat kita iaitu sekiranya seorang kafir memberi salam maka harus dijawab "waalaikumsam" yang bermaksud "maut keatas kamu".

Allah berfirman:
Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah (dengan yang serupa
). Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu. (surah an-Nisa ayat 86)

Lihatlah betapa Islam mengangkat tinggi maruah manusia. Bukan mencaci untuk menjawab salam dan betapa jauhnya pemesongan amalan kita dari ajaran Islam yang asal. Islam bukanlah ajaran yang hanya diikut2 melalui pemahaman orang tua dan keturunan sekalipun ajaran itu diamalkan secara meluas, tetapi Islam adalah ajaran yang berpandukan ajaran AlQuran dan sunnah nabi junjungan Muhammad SAW. Allah menegur sebahagian manusia yang hanya mengamalkan agama Islam melalui pemahaman ibu bapa, keturunan, dan nenek moyang dalam firmannya:

Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah mengikuti apa yang diturunkan Allah dan mengikuti Rasul". Mereka menjawab: "Cukuplah untuk kami apa yang kami dapati bapak-bapak(keturunan) kami mengerjakannya". Dan apakah mereka akan mengikuti juga nenek moyang mereka walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa-apa dan tidak (pula) mendapat petunjuk? al-maaidah ayat 104




Tuesday, March 10, 2009

WAJARKAH MALAYSIA MENGAMALKAN HUKUM HUDUD?

PENGENALAN

Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang kafir.” (Surah al-Maidah, ayat 44)

Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (Surah al-Maidah, ayat 45)


Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.” (Surah al-Maidah, ayat 47)


Perintah Allah kepada yang beriman dengan-Nya dan kitab-kitab-Nya agar melaksanakan hukum Allah berulang banyak kali dalam al-Quran.

Sebagai contoh, Surah al-Baqarah (ayat 213), Surah ali-Imran (ayat 23), Surah al-Maaidah (ayat 42, 44, 45, 47, 48 dan 49), Surah Shaad (ayat 22 dan 26), Surah an-Nuur (ayat 51) dan Surah Mumtahanah (ayat 10).

Banyak lagi ayat-ayat sedemikian, di mana Allah memberi penekanan, khususnya pemerintah agar melaksanakan hukum-hukum Allah dan jangan diselewengkan hukum tersebut.

PEMAHAMAN

Jika ditanya kpd majoriti manusia, lebih2 lagi yg bukan islam apakah itu negara yang mengamalkan hukum islam, jawapan mereka tidak akan lari dari bayangan ratusan manusia yang dihukum kerana kesalahan mereka. Mereka dan semua wanita wajib bertudung, ramai manusia kehilangan tangan mereka, polis di mana-mana menjaga atau lebih tepat mencari kesalahan manusia untuk dihukum, darah dimana2, hak lelaki sangat diagungkan sedangkan hak wanita diabai dan ditindas, kemunduran akal dan manusia hanya duduk di masjid mengimarahkan masjid tanpa perlu mengejar ilmu-ilmu sains dan teknologi, tangan-tangan yang dipotong dengan banyak, letupan dan pembunuhan beramai2 yang disandarkan pada nama JIHAD, hidup dalam ketakutan, dan pelbagai lagi. Inikah hukum ALLAH? hukum ISLAM? Inikah ISLAM?

Kita jangan marah jika itulah pemahaman mereka. Islam adalah agama yang kelihatan kejam. Imej Islam sangat buruk sekarang. Kerana inilah yang dipraktikkan oleh masyarakat islam hari ini. Ditambah lagi dengan karenah birokrasi yang pelbagai dalam urusan muamalat.
Maha suci Allah yang telah menyempurnakan Islam sebagai panduan hidup manusia. Ini bukanlah hukum Allah dan Islam. Kita keliru dengan apa yang islam ajarkan kerana kesilapan diri kita sendiri. kita keliru dengan hukum Allah kerana kesilapan pengamalan kita sendiri. Seperti contoh dengan mudah kita menghukum manusia sedangkan kita sering mengabaikan syarat yang Allah tetapkan sebelum seseorang itu dihukum.

APAKAH SEBENARNYA HUKUM ISLAM SEKIRANYA NEGARA ISLAM INGIN DIWUJUDKAN?

Sesungguhnya kita sering lupa, Islam meletakkan nilai kehidupan yang SANGAT TINGGI kepada seluruh manusia TIDAK MENGIRA AGAMA. Tiada penindasan, yang lemah dibantu, tiada caci maki, menghormati privacy manusia lain, dan semua yang bersifat menghormati insan yang lain sbg manusia sama seperti kita. Allah menyuruh kita bersangka baik sesama dan meninggalkan sesuatu yang kita tidak nampak. Bukan dengan mencari-cari kesalahan manusia(mengintip). Kalau boleh LANGSUNG TIDAK MENGHUKUM itulah Islam yang sebenar, seperti yang kerap dilakukan oleh Nabi kita dalam persoalan menghukum pesaalah. Namun perkara sebaliknya jika kesalahan dilakukan dengan jelas dan terbuka serta melibatkan kerosakan dimuka bumi dan memudaratkan manusia lain.

Contohnya dalam bab zina, Islam memberi syarat kepada mereka yang ingin menuduh manusia berzina dengan beberapa syarat. contohnya:
1)si penuduh bersama 4 orang saksi yang adil
2)diketahui si pelaku itu berzina bukan dengan intipan(tajassus)

Saya ingin tanya pembaca mudahkah untuk 4 orang yang adil termelihat(menjadi saksi) adanya manusia yang berzina jika bukan kerana tajassus?(mengintip) sedangkan Allah telah mengharamkan tajassus(baca terjemahan surah al hujurat ayat 12). jika benar pun mereka berzina, mereka menutup pintu rumah mereka dan menutup aib mereka sendiri. kita serahkan urusan ini kepada Allah disebabkan ketentuanNya utk tidak melakukan tajassus(intipan). Ya mereka berzina barangkali namun mereka menutup cela mereka(rujuk kisah saidina umar mengintip rumah yang disyaki terdapat bukan muhrim didalamnya). Sedangkan pada masa yang sama kemungkaran yang lebih jelas dibiarkan dan tidak dikawal kita seperti kelab2 malam, majalah lucah dan arak diminum remaja2 kita ditepi2 jalan dgn terbukai, riba'(sedangkan Allah mengisytiharkan perang kepada pelaku riba'), khidmat pelacuran, riya' dan takabur. Kita tersilap dalam menetiliti perkara seperti ini.

Kita buka dan kaji balik sirah Nabi junjungan kita dalam menghukum pada zaman pimpinannya. Nabi kalu boleh seperti tidak mahu menghukum terhadap pesalah2 yang melakukan kesalahan terhadap Allah (yakni tidak membawa kemudaratan yang jelas kepada manusia lain seperti merompak dan membunuh). Jangan kita mendahului sifat2 nabi kerana baginda adalah contoh terbaik utk sekalian manusia dalam urusan kehidupannya.

Seperti contoh Dalam hadis Muslim, seorang lelaki datang kepada Nabi saw dan berkata:
“Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (seks), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu.”
Lalu ‘Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya:
Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu”.
Nabi saw tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan pergi. Nabi saw menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah (maksudnya)
“Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat” (Surah Hud ayat 114).
Maka ada seorang bertanya:
“Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah?
Jawab Nabi saw:
“Bahkan untuk manusia keseluruhannya”.

Saidina Umar pernah hampir2 memenggal kepala seorang yang kelihatan munafik (khatib bin balt'ah) kerana membocori rahsia ketenteraan rasulullah namun wahyu Allah menghalang dengan Allah memaafkan dosa2 ahli badar. (khatib bin balt'ah) adalah seorang dari tentera islam dlm perang badar. Ini menunjukkan kesilapan SaidinaUmar kerana tergesa2 dalam urusan menghukum.

Sebenarnya dalam Islam, pesalah yang telah bertaubat ketika ditangkap seharusnya dibebaskan dan dimaafkan(sekalipun kesalahan mereka kelihatan besar seperti membuat kerosakan dimuka bumi bahkan memerangi Allah dan RasulNya). Tidak seperti hukum civil yang tiada jalan keluar ataupun memerlukan mereka utk memberi rasuah utk membebaskan diri mereka dari hukuman.

“Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya dan membuat kerusakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib, atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik, atau dibuang dari negeri (tempat kediamannya). Yang demikian itu (sebagai) suatu penghinaan untuk mereka di dunia, dan di akhirat mereka beroleh siksaan yang besar,kecuali orang-orang yang tobat (di antara mereka) sebelum kamu dapat menguasai (menangkap) mereka; maka ketahuilah bahwasanya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” Al-Maidah 33-34

KESIMPULAN:
Setinggi manapun dosa seseorang Allah akan tetap mengampuninya jika kita bertaubat, inilah ISLAM. Namun apa yang dipraktikkan oleh kita sekarang sangat berbeza dari ajaran Islam sehinggakan pemahaman manusia mengenai Islam ialah hukum, hukum, dan hukum. Maka tidah hairanlah masih ramai tidak memahami Islam dan takut utk memeluk Islam kerana kesilapan kita dalam mempratikkan Islam yang sebenar. Lebih 50 tahun kita merdeka namun Islam masih menjadi keraguan utk diamalkan diMalaysia. Ini sesuatu yang sangat menyedihkan kepada kita semua. Jangan kita mudah untuk menghukum terburu-buru lebih-lebih lagi tanpa bukti dan sesungguhnya kesalahan kepada Allah itu dijanjikan akan diampunkan sekiranya bertaubat(al-maidah ayat 34) dan sekiranya memaafkan dan membiarkannya utk bertaubat itu jelas lebih mendatangkan kebaikan kepadanya, lebih-lebih lagi jika pelakunya telah jelas menyesal dan insaf. Namun kesyang berlainan jika kemungkaran itu dilakukan dengan terbuka, jelas menunjukkan riaknya terhadap kemungkaran yang dilakukannya, ditambah lagi memudaratkan persekitaran dan manusia lain di sekitarnya.

Kita harus mengembalikan Islam yang asal. Kembalikan Imej Islam yang mulia, panduan hidup yang jelas kepada manusia. Yang dibawa oleh ajaran Nabi Muhammad SAW dan bukan mengikut prasangka dan rasa-rasa kita sehingga membuatkan ISLAM kelihatan bodoh dan dipandang serong oleh penganut agama lain. Jangan kita jumud dalam beragama sehingga menutup sekeras-kerasnya bidang kenegaraan Islam sehingga menutup peluang untuk menimbulkan kecintaan pihak luar untuk meminati agama yang mulia ini.

Oleh itu sekiranya dunia memahami prinsip-prinsip Islam dengan jelas nescaya Islamlah yang menjadi pilihan mereka. Para pemerintah memainkan peranan yang besar dalam hal ini. Hendaklah memerintah dengan ilmu bukan hanya dengan keikhlasan memperjuangkan Islam semata-mata.

Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H):
“Oleh kerana ini menjadi batasan setiap amalan soleh, maka penyuruh kepada makruf dan pencegah daripada munkar itu sendiri wajib memenuhi tuntutan tersebut. Justeru tidak menjadi amalan soleh jika tidak dengan ilmu dan fiqh.

Ini seperti kata ‘Umar bin ‘Abd al-Aziz: Sesiapa yang mengabdikan diri kepada Allah tanpa ilmu, maka apa yang dia rosakkan lebih banyak daripada apa yang dia baik… Ini suatu yang jelas. Sesungguhnya tujuan dan amalan jika tidak dengan ilmu maka ia adalah kejahilan, kesesatan dan mengikut hawa nafsu -seperti yang dijelaskan sebelum ini-. Inilah perbezaan antara golongan jahiliah dan golongan Islam. Pelaksana Al-Amr bi al- Ma‘ruf Dan al-Nahy ‘An al-Munkar mestilah mempunyai ilmu mengenai makruf dan munkar, serta membezakan keduanya. Mestilah juga memiliki ilmu mengenai keadaan orang yang disuruh atau dicegah tersebut”. (rujukan: Ibn Taimiyyah, Majmu‘at al-Fatawa, 14/344-345, Riyadh: Maktabah al-‘Abikan)

FIQH PEMAKAIAN RANTAI

Tidak ada dalil yang sarih dari alQur:an yg mengharamkan rantai leher untuk lelaki. Sumber kedua, iaitu alHadis dan sumber-sumber hukum yg lain spt ijtihad fuqaha' serta 'Uruf boleh digunakan untuk memutuskan sesuatu hukum.

Dalam madzhab Syafi'iy(Fiqh alManhaji) menegaskan haram hukumnya berdasarkan hadis Bukhari (no 5546) yang bermaksud:
Dari Ibn Abbas RA, bahawa RasuluLlah saw melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki."

Fiqh as Syafi'iy berpendapat haram hukumnya lelaki menyerupai wanita dalam berpakaian dan perhiasan seperti mengenakan anting-anting, loket, kalung, rantai leher dan gelang tangan. Juga diharamkan peniruan dalam bentuk percakapan dan lenggang-lengguk kecuali itu adalah asal kejadiannya (pondan).

Namun begitu menyerupai wanita hendaklah difahami drpd asasnya. zaman berubah maka berubahnya gayahidup. seluar yang asalnya digunakan rata2 oleh lelaki(krn wanita ramai mengenakan kain dsbgnya), direkabentuk sifatnya untuk kesesuaian gaya wanita. maka adakah wanita itu menyerupai lelaki? jelas sekali tidak! begitulah halnya dgn perhiasan tertentu seperti gelang dan rantai. tiada istilah menyerupai mana2 jantina dlm hal ini(kecuali bab2 tertentu spt bertujuan mmg utk menyerupai jantina lawannya). gelang yang direka gayanya untuk lelaki adalah sesuai utk lelaki dan begitu jg bg wanita.

Untuk mudah difahami adalah seperti ini.
Berikan gelang nipis atau kecil kepada lelaki utk memakainya, mahukah mereka? sekiranya jwpn mereka tidak kerana sesuai dan kelihatan seperti gelang wanita itulah jawapan kpd pemahaman perbincangan. Namun sekiranya gelang tersebut agak besar dan sesuai dipakai lelaki pastinya mereka akan mahu memakainya. Disini jelas penggunaan rantai atau gelang tersebut bukanlah bertujuan menyerupai wanita. Sekadar perhiasan sahaja yang tiada dalil yang mengharamkan penggunaannya.

“DASAR pertama yang ditetapkan Islam, ialah: bahwa asal sesuatu yang dicipta Allah adalah halal dan mubah. Tidak ada satupun yang haram, kecuali karena ada nas yang sah dan tegas dari syari’ (yang berwenang membuat hukum itu sendiri, yaitu Allah dan Rasul) yang mengharamkannya. Kalau tidak ada nas yang sah –misalnya karena ada sebagian Hadis lemah– atau tidak ada nas yang tegas (sharih) yang menunjukkan haram, maka hal tersebut tetap sebagaimana asalnya, yaitu mubah. Yusof Qardawi

Allah berfirman ertinya: "Katakanlah! Siapakah yang berani mengharamkan perhiasan Allah yang telah diberikan kepada hamba-hambaNya dan beberapa rezeki yang baik itu? Katakanlah! Tuhanku hanya mengharamkan hal-hal yang tidak baik yang timbul daripadanya dan apa yang tersembunyi dan dosa dan durhaka yang tidak benar dan kamu menyekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak turunkan keterangan padanya dan kamu mengatakan atas (nama) Allah dengan sesuatu yang kamu tidak mengetahui." (al-A'raf: 32-33)



Namun penggunaan emas dan sutera adalah diharamkan bg perhiasan lelaki dimana terdapat nas-nas yang mengharamkan lelaki menggunakannya.

"Rasulullah s.a.w. mengambil sutera, ia letakkan di sebelah kanannya, dan ia mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas ia berkata: Kedua ini haram buat orang laki-laki dari umatku." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)

Tetapi Ibnu Majah menambah:
"halal buat orang-orang perempuan."

Dan Saiyidina Umar pernah juga berkata:
"Aku pernah mendengar Rasulullah s.a. w. bersabda: 'Jangan kamu memakai sutera, karena barangsiapa memakai di dunia, nanti di akhirat tidak lagi memakainya.'" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dan tentang masalah pakaian sutera Nabi pun pernah juga bersabda:
"Sesungguhnya ini adalah pakaian orang yang (nanti di akhirat) tidak ada sedikitpun bagian baginya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dan tentang masalah emas, Nabi s.a.w. pernah melihat seorang laki-laki memakai cincin emas di tangannya, kemudian oleh Nabi dicabutnya cincin itu dan dibuang ke tanah.

Monday, March 9, 2009

KEBEBASAN SOLAT JAMAK

Ibnu Abbas r.a. berkata: “Bahawasanya Nabi s.a.w. pernah menjamakkan antara Zohor dan Asar, dan antara Maghrib dan Isyak di Madinah tidak kerana ketakutan dan tidak kerana hujan”. Ibnu Abbas ditanya: Apa yang dikehendaki dengan yang demikian itu (mengapa Rasulullah melakukannya)? Dia berkata: baginda mahu memberi kelapangan (mudah) kepada umatnya. (H/R al Jamaah kecuali Bukhari dan Ibnu Majah).

Ibnu Taimiyah berkata: Perkataan Ibnu Abbas "di Madinah" menunjukan bahawa baginda s.a.w. tidak dalam permusafiran.

Hadith Ibnu Abbas diperkuat dengan riwayat:
Abdullah bin Syaqiq berkata: Ibnu Abbas berpidato kepada kami di Basrah pada suatu hari selepas Asar sehingga terbenam matahari dan terbit bintang-bintang. Ini menyebabkan manusia yang hadir berkata: Solat, solat. Katanya lagi: Lalu datang seorang lelaki dari Bani Tamim memperingatkan: Solat, solat. Lalu Ibnu Abbas berkata: Apakah engkau mengajar kepadaku sunnah? Tidak ada ibu bagimu. Kemudian katanya: Aku melihat Rasulullah s.a.w. menjamakkan sembahyang antara zohor dan Asar, Maghrib dan Isyak. Abdullah bin Syaqiq berkata: Penjelasan Ibnu Abbas itu tidak memuaskan hatiku. Kemudian aku pergi kepada Abu Hurairah, dan menanyakan hal itu, maka dia membenarkan perkataan Ibnu Abbas. (H/R Muslim)

Mereka berdalilkan hadis dari Ibnu ‘Abbas yang menceritakan; “Rasulullah s.a.w. telah menunaikan solat Zohor dan Asar dengan menjamakkan (kedua-duanya) di Madinah, tanpa sebab ketakutan dan juga tanpa sebab musafir” Dalam riwayat lain; “…tanpa sebab ketakutan dan tanpa sebab hujan”. Ibnu ‘Abbas ditanya; “Kenapakah baginda melakukan demikian?”. Beliau menjawab; “Baginda tidak mahu memberatkan umatnya” (HR Imam Muslim).

MASALAH SAMPINGAN SOLAT

Ulama Hanbali membolehkan wanita yang mustahadah, orang yang berpenyakit sentiasa kencing, ketakutan terhadap ancaman nyawa, kehormatan dan harta dengan dalil:

Sabda Rasulullah s.a.w. kepada Hamnah binti Jahsyin ketika dia meminta fatwa mengenai mustahadah:
Kalau kamu kuat untuk mentakhirkan Zohor dan mempercepat Asar, maka kamu mandi kemudian sembahyang Zohor dan Asar sekligus. Kemudian kamu mentakhirkan Maghrib dan mempercepat Isyak, kemudian kamu mandi dan menjamakkan antara dua sembahyang. Maka kerjakanlah. (H/R Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi)
Mereka mengqiyaskan mustahadah dengan kesukaran-kesukaran lain.

MEWARNA RAMBUT

Kita boleh membahagikan masalah ini kepada 2 bahagian:
1. Hukum mewarna rambut.
2. Masalah tidak sampai air ke anggota wuduk dan hadas.
----------------
1. Hukum mewarna rambut.
Umat Islam dibenarkan mewarnakan rambutnya. Berikut ini terjemahan fatwa Dr. Yusof al-Qardhawi mengenainya (Al-halal Wal haram Fil Islam, Dr. Yusof al-Qardhawi, hal.89-09):

[Sebahagian dari perkara yang tergolong di dalam masalah perhiasan ialah mewarnakan wambut atau janggut yang telah beruban. Telah datang satu riwayat yang menjelaskan bahawa orang-orang Yahudi dan Nasrani enggan mewarna rambut dan mngubahnya dengan beranggapan, antaranya ialah berhias dan memperelok diri itu dapat menghindarkan erti peribadatan dan beragama. Sebagaimana yang dilakukan oleh para rahib dan ahli-ahli zuhud yang bersikap berlebih-lebihan.

Tetapi Rasulullah s.a.w. melarang mengikut (taqlid) kepada suatu kaum dan mengikuti jejak langkah mereka, supaya umat Islam sentiasa mempunyai keperibadian yang berbeza, zahir dan batin. Dan, diriwaytakan oleh Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya orang-orang Yahudi tidak mahu mewarnakan rambut, oleh itu berbezalah kamu dengan mereka. (HR Bukhari).

Amar (perintah) di sini mengandungi maksud sunat, sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para sahabat, seperti Abu Bakar dan Umar. Manakala yang lainnya tidak melakukan (mewarna rambut), seperti Ali, Ubai bin Ka'b dan Anas.

Tetapi, dengan warna apa dibenarkan mewarna rambut? Apakah dengan warna hitam atau warna-warna lain? Atau mesti mengelakkan dengan warna hitam?

Orang yang telah tua, ubannya telah merata semada di kepala ataupun di janggut, tidak selayaknya mearna dengan warna hitam. Oleh itu, ketika Abu Bakar membawa bapanya ABu Qufahah ke hadapan Nabi s.a.w. pada hari penaklukan Mekah, Nabi melihat rambutnya seperti pokok Thughamah yang terlalu putih buah dan bunganya. Nabi bersabda:
"Ubahlah ini (uban) tetapi jauhilah warna hitam." (HR Muslim).

Manakala mereka yang tidak sebaya dengan Abu Qufahah, tidaklah berdosa apabila mewarna rambutnya dengan warna hitam. Dalam amsalah ini al-Zuhri telah berkata: "Kami mewarna rambut dengan warna hitam apabila wajah masih kelihatan muda, tetapi apabila wajah sudah berkedut dan gigi sudah goyang, kami tinggalkan warna hitam." (Fathul Bari)

Segolongan ulamak salaf membenarkan mewarna dengan warna hitam, mereka ialah Saad bin ABi Waqqas, uqbah bin Amir, Hasan, Husain, Jarir dan selainya.

Sebahagian ulamak berpendapat tidak boleh dengan warna hitam kecuali dalam keadaan perang agar dapat menakutkan musu. Kerana mereka akan melihat semua tentera-tentera Islam masih kelihatan muda. (Fathul Bari).

Dan di dalam sebuah hadis riwayat Abu Zar mengatakan:
"Sebaik-baik bahan yang digunakan untuk mewarna uban ialah pokok inai dan katam." (HR Tarmizi dan ash-habusunan)

Katam adalah satu pokok yang tumbuh di Yaman yang mengeluarkan pewarna berwarna hitam kemerah-merahan. Dan Inai berwarna merah.

Anas bin Malik meriwayatkan, bahawa Abu Bakar mewarna rambutnya dengan inai dan katam, manakala Umar hanya dengan inai sahaja.]

*****intaha al-Qardhawi****

----------
Masalah:
Namun amat disayangkan sekali pada hari ini.. Apa yang berlaku adalah sebaliknya. Jika melihat kepada saranan nabi kepada kita agar mewarnakan rambut apabila telah beruban agar kita ini berbeza dengan orang Yahudi (kafir), namun sekarang ini sebahagian dari kita mewarna rambut kerana tidak ingin berbeda dengan orang kafir.

Sudah menjadi tabiat, bangsa yang lemah meniru bangsa yang kuat. Dan, kerana orang barat rambutnya berwarna perang, maka sebahagian anak-anak muda Islam mewarnakan rambutnya dengan warna perang. Supaya kelihatan seperti orang barat. Mereka melakukannya kerana kagum, kasih dan cintakan kaum berkenaan.Sebahagiannya mewarna-warnikan rambut kerana mengamalkan budaya punk.

Adalah tidak wajar jika mereka mengatasnamakan sabdaan Rasulullah s.a.w. terhadap perlakuan mereka ini. Mereka berbuat demikian bukan sebab sabdaan Nabi atau secara bersahaja, tetapi kerana fikiran dan jiwa mereka sudah terpaut dengan kaum kafir atau budaya tertentu. Syarak tidak mengiktiraf perlakuan begini.

"Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia tergolong di dalam kaum itu." (HR Abu Daud)

-----------
2. Masalah tidak sampai air ke anggota wuduk dan hadas.
Para ulamak telah ijmak mengatakan wajib menyampaikan air ke tubuh badan samada mandi atau wuduk, kecuali ketika darurat. Sebab itulah kita diperintahkan supaya menyelat-nyelati jari dan menggerak-gerakkan cincin agar air dapat sampai ke kulit. Dalilnya ialah hadis riwayat al-Khamsan dan disahihkan oleh al-Tarmizi dari Laqith bin Shabrah. Dan hadis riwayat Ibnu Majah dan al-Daruquthni dari Abu Rafi' dengan sanad Dha'if.
(Lihat Ahsanul Kalam fil Fatawa Wal Ahkam, vol 1, hal. 57-58)

------------------------
Kembali kepada soalan: Apakah pewarna dari syarikat tertentu yang ada tanda halal boleh digunakan?
Jawapan secara umumnya adalah berdasarkan kepada dua penjelasan di atas. Ia boleh digunakan jika produk berkenaan:
1. Bebas dari najis.
2. Tidak menghalang air untuk sampai ke anggota wuduk atau mandi hadas.

Masalah ini samalah dengan masalah pewarna kuku. Islam membenarkannya tetapi bahan yang digunakan mestilah menepati ciri-ciri di atas.(ibid)

Dan, jelaslah di sini, bukan perbuatan mewarna itu yang diharamkan tetapi bahan yang digunakan. Kerana ia membabitkan sah atau tidaknya pengangkatan hadas besar dan kecil. Melainkan jika seseorang itu selepas memakainya tidak berhadas langsung samada besar ataupun kecil.

------------
Untuk mengetahui samada bahan berkenaan menghalang air ataupun tidak, kami kira tidak susah. Jika ia berfungsi seperti inai atau za'faran atau kunyit, maka tidak mengapa. Jika ia sebagaimana minyak hitam (motor dsbnya), cat dsbnya, sudah tentu ia menghalang air.

TIDAK PERLU BERTAKLIK KEPADA MAZHAB

Imam Abu Hanifah berkata:
“Tidak dihalalkan bagi seseorang untuk berpegang pada perkataan kami, selagi ia tidak mengetahui dari mana kami mengambilnya.” (Ibnu Abdil Barr dalam Al-Intiqa’u fi Fadha ‘ilits Tsalatsatil A’immatil Fuqaha’i, hal. 145)
Imam Malik berkata:
“Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia yang kadang salah dan kadang benar. Maka perhatikanlah pendapatku. Setiap pendapat yang sesuai dengan Kitab dan Sunnah, maka ambillah. Dan setiap yang tidak sesuai dengan Al Kitab dan Sunnah, maka tinggalkanlah.” (Ibnu Abdil Barr di dalam Al-Jami’, 2/32)
Imam ahmad bin Hambal berkata:
“Janganlah engkau taqlid kepadaku dan jangan pula engkau mengikuti Malik, Syafi’i, Auza’i dan Tsauri, Tapi ambillah dari mana mereka mengambil.” (Al-Fulani, 113 dan Ibnul Qayyim di dalam Al-I’lam, 2/302)
Imam Asy-Syafi’ie, beliau berkata:
“Setiap masalah yang jika di dalamnya terdapat hadits shahih dari Rasulullah Shalallahu alaihi wa sallam menurut para pakar hadits, namun bertentangan dengan apa yang aku katakan, maka aku rujuk di dalam hidupku dan setelah aku mati.” (Al-Hilyah 9/107, Al-Harawi, 47/1)
Imam Syafie r.h berkata:‘‘Apabila hadis itu sahih, itulah mahabku.”
Tambahnya lagi: “Umat Islam telah berijmak, tidak boleh meninggalkan sesuatu yang telah pasti dan menepati sunnah Rasulullah s.a.w. Bukan semata-mata berpegang pada pendapat seseorang.”

PEMAHAMAN
Kritikan bukanlah menunjukkan jasanya dilupakan. Antaranya, al-Hafiz al-Zahabi (meninggal 748H) yang menyebut: “Aku katakan: Al-Ghazali adalah imam yang besar, namun bukanlah menjadi syarat seorang alim itu untuk dia tidak melakukan kesilapan”.
Lalu al-Imam al-Zahabi memberikan kritikan ilmiah terhadap Kitab Ihya ‘Ulum karangan al-Imam al-Ghazali, katanya:
“Adapun kitab al-Ihya padanya ada sejumlah hadis yang batil. Sekiranya tidak ada padanya adab, cara dan zuhud yang diambil dari ahli falsafah dan golongan sufi yang menyeleweng, padanya ada kebaikan yang banyak. Kita memohon daripada Allah ilmu yang bermanfaat. Tahukah anda apa itu ilmu yang bermanfaat?. Ia apa yang dinyatakan al-Quran dan ditafsirkannya oleh Rasulullah secara perkataan dan perbuatan”. (Al-Zahabi, Siyar `Alam al-Nubala 19/339, Beirut : Muassasah al-Risalah, Beirut)

Begitu juga ilmuan tafsir yang terkenal al-Imam Ibn Kathir (meninggal 774H) memberikan kritikan ilmiah terhadap karangan al-Imam al-Ghazali dalam Al-Bidayah wa Al-Nihayah:
“Ketika berada di Damsyik dan Baitul Maqdis, al-Ghazali mengarang kitabnya Ihya `Ulum al-Din, ia sebuah kitab yang ganjil. Ia mengandungi ilmu yang banyak berkaitan syarak, bercampur dengan kehalusan tasawwuf dan amalan hati. Namun padanya banyak hadis yang gharib, munkar, dan palsu”. (Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 12/186, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah).

Dr Yusuf al-Qaradawi pernah mengkritik fahaman kita tentang pemahaman zakat di Malaysia melalui ijtihad as-shafie. ....ia adalah sesempit-sempit mazhab empat dalam mewajibkan zakat tumbuhan dari bumi. Mazhab al-Syafi’i tidak mewajibkan melainkan apa yang menjadi makanan asasi sahaja, dan tidak selain itu. Bukan di sini untuk di bincangkan pandangan tersebut. Aku telah bincangkannya dalam bukuku Fiqh al-Zakah, sila rujuk. Apa yang ingin aku katakan di sini ialah; sesungguhnya pendapat al-Imam al-Syafi’i atau imam-imam yang lain (r.ahum) hanyalah ijtihad. Empunya diberikan pahala, samada salah ataupun betul. Maka menjadi hak kita untuk meninggalkan pendapat tersebut apabila ternyata kepada kita ia lemah dan selainnya lebih kuat” (Al-Qaradawi: Dr Yusuf, Likai Tanjah Muassasah al-Zakah fi al-Tatbiq al-Mu’asir, m.s. 15-16, Beirut : Muassasah al-Risalah 1994).

HUKUM ASAL SEBARANG URUSAN

Hukum asal semua urusan kehidupan dari bangun tidur sehingga tidur semula adalah mubah dan halal. Allah SWT menghalalkan semua keperluan urusan kehidupan manusia melainkan beberapa perkara yang diharamkannya. Usahlah mencari cari halalnya suatu benda itu kerana asal hukumnya adalah halal.(melainkan ada nas yang mengharamkannya)

“DASAR pertama yang ditetapkan Islam, ialah: bahwa asal sesuatu yang dicipta Allah adalah halal dan mubah. Tidak ada satupun yang haram, kecuali karena ada nas yang sah dan tegas dari syari’ (yang berwenang membuat hukum itu sendiri, yaitu Allah dan Rasul) yang mengharamkannya. Kalau tidak ada nas yang sah –misalnya karena ada sebagian Hadis lemah– atau tidak ada nas yang tegas (sharih) yang menunjukkan haram, maka hal tersebut tetap sebagaimana asalnya, yaitu mubah. Yusof Qardawi

“Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta, ‘Ini halal dan ini haram,’ untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tidaklah beruntung.” (QS. An-Nahl [16]: 116)

Ertinya: "Aku ciptakan hamba-hambaKu ini dengan sikap yang lurus, tetapi kemudian datanglah syaitan kepada mereka. Syaitan ini kemudian memalingkan mereka dari agamanya, dan mengharamkan atas mereka sesuatu yang Aku halalkan kepada mereka, serta mempengaruhi supaya mereka menyekutukan Aku dengan sesuatu yang Aku tidak turunkan keterangan padanya." (Riwayat Muslim)

Ertinya: "Katakanlah! Siapakah yang berani mengharamkan perhiasan Allah yang telah diberikan kepada hamba-hambaNya dan beberapa rezeki yang baik itu? Katakanlah! Tuhanku hanya mengharamkan hal-hal yang tidak baik yang timbul daripadanya dan apa yang tersembunyi dan dosa dan durhaka yang tidak benar dan kamu menyekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak turunkan keterangan padanya dan kamu mengatakan atas (nama) Allah dengan sesuatu yang kamu tidak mengetahui." (al-A'raf: 32-33)

Kesimpulannya sekiranya tiada nas yang mengharamkan sesuatu itu, maka hukum penggunaannya/mengamalkannya/ memakannya/ dll adalah berbalik kpd hukum asal-mubah dan halal.