Saturday, March 14, 2009

MENJAWAB SALAM KEPADA BUKAN ISLAM

Islam mengangkat tinggi semua manusia walaupun terhadap golongan bukan islam. Al Quran menjelaskan bagaimana seorang muslim harus membalas suatu penghormatan dari mereka dan tidak menjawab dengan kata2 yang kasar dan memberi maksud yang tidak baik. Memberi salam juga sebahagian dari penghormatan dimana seorang muslim juga harus menghormati salam yang diberikan oleh mereka.

Ini sesuatu yang sangat berbeza dengan pengamalan masyarakat kita iaitu sekiranya seorang kafir memberi salam maka harus dijawab "waalaikumsam" yang bermaksud "maut keatas kamu".

Allah berfirman:
Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah (dengan yang serupa
). Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu. (surah an-Nisa ayat 86)

Lihatlah betapa Islam mengangkat tinggi maruah manusia. Bukan mencaci untuk menjawab salam dan betapa jauhnya pemesongan amalan kita dari ajaran Islam yang asal. Islam bukanlah ajaran yang hanya diikut2 melalui pemahaman orang tua dan keturunan sekalipun ajaran itu diamalkan secara meluas, tetapi Islam adalah ajaran yang berpandukan ajaran AlQuran dan sunnah nabi junjungan Muhammad SAW. Allah menegur sebahagian manusia yang hanya mengamalkan agama Islam melalui pemahaman ibu bapa, keturunan, dan nenek moyang dalam firmannya:

Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah mengikuti apa yang diturunkan Allah dan mengikuti Rasul". Mereka menjawab: "Cukuplah untuk kami apa yang kami dapati bapak-bapak(keturunan) kami mengerjakannya". Dan apakah mereka akan mengikuti juga nenek moyang mereka walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa-apa dan tidak (pula) mendapat petunjuk? al-maaidah ayat 104




No comments:

Post a Comment