Monday, March 9, 2009

KEBEBASAN SOLAT JAMAK

Ibnu Abbas r.a. berkata: “Bahawasanya Nabi s.a.w. pernah menjamakkan antara Zohor dan Asar, dan antara Maghrib dan Isyak di Madinah tidak kerana ketakutan dan tidak kerana hujan”. Ibnu Abbas ditanya: Apa yang dikehendaki dengan yang demikian itu (mengapa Rasulullah melakukannya)? Dia berkata: baginda mahu memberi kelapangan (mudah) kepada umatnya. (H/R al Jamaah kecuali Bukhari dan Ibnu Majah).

Ibnu Taimiyah berkata: Perkataan Ibnu Abbas "di Madinah" menunjukan bahawa baginda s.a.w. tidak dalam permusafiran.

Hadith Ibnu Abbas diperkuat dengan riwayat:
Abdullah bin Syaqiq berkata: Ibnu Abbas berpidato kepada kami di Basrah pada suatu hari selepas Asar sehingga terbenam matahari dan terbit bintang-bintang. Ini menyebabkan manusia yang hadir berkata: Solat, solat. Katanya lagi: Lalu datang seorang lelaki dari Bani Tamim memperingatkan: Solat, solat. Lalu Ibnu Abbas berkata: Apakah engkau mengajar kepadaku sunnah? Tidak ada ibu bagimu. Kemudian katanya: Aku melihat Rasulullah s.a.w. menjamakkan sembahyang antara zohor dan Asar, Maghrib dan Isyak. Abdullah bin Syaqiq berkata: Penjelasan Ibnu Abbas itu tidak memuaskan hatiku. Kemudian aku pergi kepada Abu Hurairah, dan menanyakan hal itu, maka dia membenarkan perkataan Ibnu Abbas. (H/R Muslim)

Mereka berdalilkan hadis dari Ibnu ‘Abbas yang menceritakan; “Rasulullah s.a.w. telah menunaikan solat Zohor dan Asar dengan menjamakkan (kedua-duanya) di Madinah, tanpa sebab ketakutan dan juga tanpa sebab musafir” Dalam riwayat lain; “…tanpa sebab ketakutan dan tanpa sebab hujan”. Ibnu ‘Abbas ditanya; “Kenapakah baginda melakukan demikian?”. Beliau menjawab; “Baginda tidak mahu memberatkan umatnya” (HR Imam Muslim).

MASALAH SAMPINGAN SOLAT

Ulama Hanbali membolehkan wanita yang mustahadah, orang yang berpenyakit sentiasa kencing, ketakutan terhadap ancaman nyawa, kehormatan dan harta dengan dalil:

Sabda Rasulullah s.a.w. kepada Hamnah binti Jahsyin ketika dia meminta fatwa mengenai mustahadah:
Kalau kamu kuat untuk mentakhirkan Zohor dan mempercepat Asar, maka kamu mandi kemudian sembahyang Zohor dan Asar sekligus. Kemudian kamu mentakhirkan Maghrib dan mempercepat Isyak, kemudian kamu mandi dan menjamakkan antara dua sembahyang. Maka kerjakanlah. (H/R Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi)
Mereka mengqiyaskan mustahadah dengan kesukaran-kesukaran lain.

No comments:

Post a Comment